PASIR GUDANG: Kementerian Pertahanan (Mindef) masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, proses itu mengambil masa kerana mahukan mereka yang benar-benar layak menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman.
"Bila kita ada calon sesuai (mengisi jawatan berkenaan, ia akan diumumkan). Tiada niat untuk sengaja memanjangkan atau melengahkan tempoh pelantikan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Berbuka Puasa Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Bersama Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Johor Bahru, Permas Jaya di sini pada Ahad.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin dan Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Azeman Yusoff.
Pada 2 Februari lalu, media melaporkan LTAT mengumumkan peletakan jawatan serta-merta Ahmad Nazim, hanya lebih sebulan selepas laporan penstrukturan semula yang dirancang telah ditangguhkan berikutan pertukaran tampuk pimpinan Kementerian Pertahanan.
Sementara pada 9 Februari lalu pula, Mohamed Affandi meletakkan jawatan selepas dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kerajaan terbaik dalam aspek penjagaan kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan anggota tentera.
"Tahun ini, kerajaan memperuntukkan bajet penyelenggaraan sebanyak RM400 juta, terbesar jika dibandingkan dengan peruntukan sebelum ini.
"Kebiasaannya peruntukan diberi sekitar RM100 juta.
"Kerajaan ini memberi perhatian kepada kebajikan anggota-anggota tentera termasuk TLDM.
"Penyelenggaraan untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) TLDM menerima peruntukan berjumlah RM69 juta," jelasnya.
Tambahnya, ini merupakan cerminan kepada kerajaan semasa yang komited dalam memberikan perhatian kepada kebajikan bukan sahaja anggota, tetapi juga ahli keluarga mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024
Mohamed Khaled diiringi Abdul Rahman (kanan) menyerahkan sumbangan kebajikan kepada anggota TLDM, Amirul Amir Hamja (dua, kiri) dan anaknya, Izz Haikal Amirul, 1, yang mengidap saluran darah ke paru-paru terlebih. - Gambar/ Bernama
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
LTAT isytihar kadar dividen lima peratus
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytihar dividen pada kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta pada Khamis.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif
Menurut LTAT, dana rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum.
LTAT mahu kekal kepentingan besar dalam Affin Bank, di sebalik hasrat Sarawak mahu menguasainya
LTAT berhasrat untuk terus memegang pegangan 'signifikan' dalam Affin Bank Bhd, dengan jangkaan mendapat manfaat daripada potensi peningkatan nilai yang dibawa oleh pelabur baharu.
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).